dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg. Surau, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Taklimat KDB di SK Padang Besar Selatan

13 Ogos 2015 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Ogos 2015, pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau bersama-sama Pusat Internet 1 Malaysia sekitar Perlis telah mengadakan taklimat "Klik Dengan Bijak" bersama pelajar SK Padang Besar Selatan. Taklimat ini dijalankan di dewan SK Padang Besar Selatan dan disertai oleh 220 orang pelajar. Taklimat berlangsung dari jam 11.00 pagi hingga 1.00 petang. Tujuan taklimat ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar berkenaan salah laku siber atau jenayah siber yang semakin menular dan bagaimana untuk mengatasinya. Taklimat ini mampu untuk mendidik pelajar agar lebih bertanggungjawab dan berwaspada ketika menggunakan teknologi justeru menjamin keselamatan pelajar dari salah laku siber.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.